Tuesday 4 March 2014

Misteri penemuan makhluk aneh di tepi tasik



Wajah makhluk aneh yang ditemui di tepi sebuah tasik di Ontario, Kanada.


TORONTO, Kanada - Satu bangkai makhluk ganjil ditemui selepas seekor anjing menariknya ke tepi sebuah tasik di bandar Kitchenuhmaykoosib di Ontario, Kanada, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut sebuah laman web di bandar itu, ia pada mulanya ditemui oleh seekor anjing yang bernama Sam the Dog pada minggu pertama bulan ini.
Anjing itu milik salah seorang daripada dua jururawat yang sedang berjalan di tepi tasik tersebut.
Haiwan itu menarik bangkai makhluk aneh itu dari dalam air selepas ia menghidu sesuatu di tasik berkenaan.
Kedua-dua jururawat itu merakamkan gambar makhluk ganjil tersebut sebelum meninggalkannya.
Namun, apabila sejumlah penduduk tempatan memutuskan untuk kembali ke tempat bangkai tersebut selepas mereka mengetahui penemuannya, makhluk aneh itu didapati telah hilang.
Makhluk aneh tersebut mempunyai rambut panjang dan orang ramai mula membuat spekulasi mengenai spesies ganjil itu.
Kebanyakan orang menganggap ia mungkin raksasa Montauk kerana terdapat persamaan dengan satu lagi mahkluk ganjil yang ditemui di Montauk, New York pada 2008. - Agensi

Thursday 30 January 2014

Ubi kayu menyerupai manusia lelaki dan perempuan.

Ubi kayu yg dijumpai oleh pekebun menyerupai manusia lelaki dan perempuan.

Jika anda kagum melihat photo ini silakan klik ''SUKA''

Jika anda muslim,silakan komen ''SUBHANALLAH'
 

Kereta ferrari Terbelah Dua!

Kemalangan yang membabitkan Ferrari yang paling sadis. Sebuah Ferrari F430 Scuderia terbelah dua selepas melanggar pembahagi jalan di Belgium. Kedua-dua orang pemandu dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.


ferrari

ferrari 1

Subhanallah! Telur ayam dalam telur??


BUKIT RAYA – Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin.
Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.
“Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku.

Anak Kura-Kura Berkepala Dua




BEIJING – Seekor anak kura-kura menetas dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China.
" Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira,” kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. – Agensi






Thursday 23 January 2014

Manusia tak mandi 60 Tahun??

Haji (80 tahun) percaya bahwa kebersihan akan membuat dia jatuh sakit. Itulah sebabnya dia tidak mandi sama sekali selama 60 tahun terakhir. Dia tinggal di desa Dejgah, di Fars, Iran selatan. Haji sangat membenci dengan air. Bahkan jika ada orang yang menyarankan dirinya untuk mandi, dia akan menjadi sangat marah.


Haji telah berhasil berbaur dengan lingkungannya, hidup beralaskan bumi dan beratapkan langit. Bahkan, sesekali ada orang yang mengira dirinya patung ketika ia duduk terdiam. Selain tidak suka mandi, ia lebih suka makan daging landak busuk. Dia juga minum 5 liter air sehari untuk tujuan kesihatan, tetapi dari tong minyak besar berkarat. Ia juga suka untuk mengisi tembakau rokoknya dengan kotoran hewan sebagai gantinya tembakau. 


Untuk memotong rambutnya dia tidak menggunakan gunting, ia hanya membakar sedikit demi sedikit dengan api agar tidak terlalu panjang. Sebuah helm perang selalu ia kenakan untuk menjaga kepala tetap hangat selama musim dingin. Haji tidak memiliki rumah. Dia tinggal di sebuah lubang di tanah, seperti di tanah perkuburan. Kadang-kadang dia tidur di sebuah tempat gubuk bata terbuka yang dibangun oleh penduduk desa baginya kerana berasa kasihan. Orang-orang setempat mengenal dirinya sebagai Amou Haji. ‘ Amou ‘ adalah istilah Farsi untuk orang tua yang baik. 

Gaya hidup pilihan Haji sangat unik, anti mainstream. Penduduk desa mengatakan bahwa ia telah mengalami kemunduran emosional yang berat di masa mudanya, yang menyebabkan dia membuat pilihan-pilihan ekstrim. Meski demikian, ia tampaknya jauh lebih bahagia daripada beberapa orang yang tinggal di rumah besar dengan kemudahan. Haji tidak peduli lagi urusan dunia. Dia tidak memiliki apa-apa dan tidak ada yang ia takuti di dunia.